Mengapa Engkau diutus ke dunia ini ya Rasul?"
Rasul Menjawab, "Innama Buitsu Liutamimma Makarimal Akhlak" ‘
"Sesungguhnya Aku Diutus ke Dunia Hanyalah Untuk Menyempurnakan
Akhlak”
Dalam riwayat para sahabat
dikisahkan bahwa Rasulullah s.a.w. adalah sosok manusia yang selalu bermuka
ceria, ramah, lemah lembut akhlaknya, halus dan selalu tersenyum. Beliau adalah
sosok yang paling banyak tersenyum setiap bertemu dengan para sahabatnya,
selalu serius, nampak tertarik dan memperhatikan dengan serius terhadap setiap
pembicaraan mereka. Kadang-kadang Beliau tertawa sampai kelihatan gigi
gerahamnya. Disebutkan juga bahawa baginda Rasulullah s.a.w. adalah sosok
manusia yang paling suka tersenyum dan tertawa, menyenangkan dan berlaku ringan
tangan.
Sayidah ‘Ā’isyah r.a.
menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. jika sedang berada di rumah bersama
keluarga, maka Beliau selalu ceria, tersenyum dan tertawa. Keceriaan dan
kemurahan senyumnya tidak hanya terbatas ketika berada di dalam rumah bersama
keluarga saja, akan tetapi juga ketika sedang berada di luar rumah. Dengan
setiap orang, Beliau selalu menampakkan muka yang ceria dan selalu dihias
dengan senyuman. Beliau bersabda:
رَوِّحُوْا عَنِ الْقُلُوْبِ سَاعَةً بَعْدَ سَاعَةٍ,
فَإِنَّ الْقُلُوْبَ إِذَا كَلَّتْ عَمِيَتْ
Maksudnya: ‘Segarkan dan
hiburlah hati serta pikiran anda secara berkala, kerana hati dan pikiran jika
telah lelah, maka akan buta, tidak mampu untuk digunakan berpikir.”
Rasulullah s.a.w. juga sosok
yang paling sukakan bermain dan bercanda ria dengan anak-anak. Beliau adalah
sosok orang yang paling suka bercanda dan melucu ketika sedang berada di rumah
bersama keluarga.
Canda dan lelucuannya adalah
yang sesuai dengan kedudukan Beliau yang tinggi dan sosok yang mulia dan luhur.
Beliau memang gemar bercanda, akan tetapi ketika bercanda, ia tidak pernah
mengatakan sesuatu kecuali yang hak atau benar.
Sikap
toleransi dan kelapangan dada Beliau, hatinya yang suci dan bersih, kesabaran
Beliau yang luar biasa, kearifan dan kebijaksaan Beliau yang benar-benar kokoh,
suka memaafkan, kezuhudan dan ke-tawādu‘-an Beliau yang sangat luar
biasa serta ramah dan kasih sayang Beliau yang selalu menyelimuti semua orang.
Agar pergaulan dan hubungan
antar sesama Muslim menjadi baik, maka Rasulullah s.a.w. selalu menyerukan
untuk melakukan hal-hal yang dapat membahagiakan hati dan dapat semakin
mempererat persaudaraan dan ukhuwah. Beliau menghubungkan keimanan dengan hal-hal
tersebut, seperti dalam sabdanya:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang
beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka jangan sampai menyakiti
tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka ia
harus memuliakan tetamu. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari
akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik, atau jika tidak bisa, maka
hendaknya ia diam.”
Pribadi
Rasulullah yang mulia ini sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Anbiyā’, 21: 107, yang artinya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu,
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Semoga di bulan Mulid ini kita dapat mendapatkan sepercik kesejukan
dengan mengingat dan meneladani akhlak Rasulullah serta berupaya
menginplementasikannya dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment